Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan Ahamad, 36, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau dikenali sebagai Dr Fie, 35, memaklumkan akan menjelaskan kepada anak-anak perihal penceraiannya bersama bekas suami. Memetik laporan Harian Metro, Dr Fie berharap Nubhan juga membantunya menerangkan perkara sebenar agar anak-anaknya menerima dan memahami apa yang telah berlaku.
“Saya harap Nubhan dapat bekerjasama untuk beritahu pada anak-anak. Buat masa sekarang, saya cuma beri alasan kepada anak-anak yang abah mereka sibuk bekerja. Saya juga tak naklah jadi watak jahat ketika beritahu berita buruk ini. Anak-anak memang ada bertanya mengenai abah mereka terutama anak kedua pernah tanya saya kenapa abah tidak balik ke rumah,” kata Dr Fie selepas selesai prosiding pengesahan lafaz cerai membabitkannya dan Nubhan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.
Disoal berkenaan keadaan emosi anak-anak, dia memaklumkan buat masa ini semuanya masih terkawal dan tidak menunjukkan sebarang gangguan ekoran perpisahan tersebut. “Saya ada tanya cikgu di sekolah tentang perkembangan anak-anak. Alhamdulillah tiada perubahan drastik, tiada menangis, tiada kawan ejek, semua baik,” terangnya. Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua yang berlaku dua kali.
Lafaz cerai pertama dilakukan Nubhan terhadap Dr Fie pada 19 Januari 2017 dan mereka rujuk semula tiga hari kemudian, manakala lafaz cerai kedua pula berlaku pada 26 Ogos lalu. Difahamkan, Hakim Syarie Umamuddin Yunus memutuskan demikian selepas meneliti secara terperinci, selain berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak Nubhan dan Dr Afifah. Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.