Lebih selesa memilih kehidupan yang sederhana, Shila Amzah akui Ubai banyak mengajarnya erti sebenar kehidupan

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Shila Amzah kini lebih selesa memilih kehidupan sederhana bersama suami dan anak-anak. Kata Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 34, suaminya Ubai banyak mengajarnya erti sebenar kehidupan selain menegurnya supaya tidak terbiasa dengan sikap boros.

“Saya ni jenis tak bergaul sangat dan bila sudah berkahwin suami yang banyak ajar semua perkara, malah macam-macam juga aktiviti saya buat yang dulu tak sempat buat. Sangat menyeronokkan bila dapat jadi orang biasa ni sebab kebiasaanya kalau artis kena pakai barang mewah tapi bila dengan Ubai ni beri peluang hidupkan kembali kehidupan seperti orang biasa.

“Tak pernah naik motor jadi suami akan bawa, benda tu rasa macam seronok malah saya okay saja kalau hidup sederhana sebab tak semestinya bahagia itu perlu dilihat macam megah atau mewah,”katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.