Aliff Syukri sekali lagi menjadi penyumbang zakat tertinggi, kali ni bayar zakat pernigaan RM2 Juta

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi  menjadi penyumbang zakat tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor menerusi syarikatnya, D’herbs Holdings Sdn Bhd dengan nilai sebanyak RM2 juta. Memetik laporan Kosmo, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi buat negeri Selangor.

“Alhamdulillah, sejujurnya saya tak tahu nilai keseluruhan yang dikeluarkan oleh syarikat saya untuk tahun ini kerana isteri saya yang uruskan akaun syarikat. Sebagai seorang yang pernah menerima bantuan zakat satu ketika dahulu, saya rasa bersyukur kerana kini saya pula menjadi antara pembayar zakat tertinggi di Selangor.

Saya ni sekolah tak pandai. SPM pun gagal. Bila menjadi antara pembayar zakat tertinggi bersama individu hebat dan syarikat besar yang lain, sudah tentu saya rasa bangga,” kata Aliff, hari ini. Berkongsi lanjut, Aliff memberitahu sejak berusia 19 tahun dirinya sudah mula membayar zakat biarpun hanya sebanyak RM7. “Ketika itu gaji saya RM650 sahaja. Tetap saya tetap mahu membayar zakat pendapatan. Jadi setiap bulan saya akan bayar RM7. Mungkin RM7 itu kecil tetapi sangat besar bagi yang memerlukan.

Alhamdulillah setiap tahun jumlah itu meningkat sehinggalah sekarang saya mampu membayar RM2 juta,” ujarnya. Shahida juga turut berkongsi pada tahun 2025 menjadi tahun tertinggi buat syarikat mereka mengeluarkan zakat perniagaan. “Alhamdulillah tahun ini paling tinggi setakat ini. Semua ini adalah berkat menjual jeruk mangga, beg dan macam-macam lagi produk kami. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang menyokong kami. Anda juga adalah sebahagian daripada penyumbang zakat ini,” tambahnya lagi.

Untuk info, selain Dherbs Holdings Sdn Bhd, 55 lagi syarikat lain turut tersenarai antara pembayar zakat perniagaan tertinggi termasuklah Open University Malaysia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Wawa Global Sdn Bhd.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.