Pelakon Neera Azizi dihentam netizen setelah berkongsi momen melakukan ‘gender reveal’ dihadapan Kaabah sewaktu menunaikan umrah bersama keluarga. Menerusi perkongsian di Threads, terdapat individu berkongsi semula hantaran yang memperlihatkan Neera bersama suaminya, Ustaz Muhammad Hafizi Mohd Noor sedang membuka sampul yang berisi kad bertulis jantina bayi ‘Congrats it’s a baby girl.’ Bagaimanapun, pendedahan itu telah dikecam oleh netizen kerana menganggap tindakan sebegitu umpama tidak menghormati tempat orang Islam beribadah.

“Untuk ke sekian kalinya rasa nak mencarut, nak tengok Kaabah pun ada doa, ada adab yang perlu dijaga apatah lagi buat konten sebegini. Maaf bukan nak jadi joykiller tetapi perkara ini sangat mengecewakan,” tulis warganet. Dalam pada itu, ada juga yang turut mempersoalkan tanggunggjawab suami Neera yang dipercayai mempunyai latar belakang yang kuat dalam bidang agama namun membiarkan perkara itu daripada terus berlaku.

“Padahal suami dia mutawif tau. Sepatutnya suami boleh larang tapi macam ikut je, mutawif tak bermakna alim ulama,” tulis warganet. Malah ada juga menyelar tindakan itu umpama tidak beradab kerana terlalu keterlaluan tanpa memikirkan umat Islam lain yang sedang mengerjakan ibadah. “Tiada siapa kisah kau mengandung, kenapa macam tiada adab buat depan Kaabah. Kau bukan pergi dataran helang Langkawi nak buat macam tu,” luah netizen lagi.

Untuk rekod, Neera mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Hafizi yang merupakan seorang mutawif pada Julai tahun ini. Pada Oktober lalu, pemilik nama Nurazneera Azizi, 27, mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan anak sulungnya pada usia kandungan 13 minggu.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.