Tular video Aprena Manrose kini dah tak pakai hijab, sekali ini pula respon dari Nazim Othman

Advertisements
Advertisements

PELAKON Nazim Othman menganggap keputusan rakan gandingannya dipercayai Aprena Manrose yang didakwa tidak lagi mengenakan hijab bukan satu keputusan mudah. Nazim berkata, setiap individu melalui ujian hidup yang berbeza-beza dan mengakui adakalanya iman naik dan turun. Nazim membuat penjelasan itu menerusi ruangan komen di akaun rasmi Melodi yang berkongsi video sesi fotografi drama terbaharu mereka berjudul Nur Untuk Ariff. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video berkenaan, Aprena tampil tanpa hijab sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan komen sinis daripada warganet. “Assalamualaikum semua, semoga kalian berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sejak promosi drama ini keluar di media sosial, rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab.

Ujian setiap manusia berbeza. Kami ada beberapa perbualan di set penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing. Ya, pelakon pun ada berbincang tentang perkara ini sesama sendiri,” tulisnya. Nazim berkata, dia mengakui mempunyai kebimbangan, namun berpandangan rakan gandingannya itu masih mempunyai pegangan walaupun berada dalam fasa rapuh.

“Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih ada pegangan cuma berada di fasa rapuh. Saya tidak cuba menghalalkan apa yang salah, cuma saya rasa ralat dengan komen-komen yang sinis. Dia berdiam diri, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu,” katanya. Dalam masa sama, Nazim memohon orang ramai mendoakan perkara baik-baik buat Aprena, selain mengingatkan agar setiap individu turut merenung dan memperbaiki diri sendiri.

“Mohon doakan yang baik-baik untuknya, saya juga dan diri kalian sendiri. Semoga kebaikan berbalik kepada kalian juga,” katanya. Terdahulu penampilan Aprena mencuri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama Nur Untuk Ariff. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.