Hampir 2 dekad bersama, Aliff Syukri kongsikan perjalanan rumahtangganya bersama isteri

Advertisements
Advertisements

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini mencuri perhatian warga maya apabila berkongsi mengenai perjalanan rumah tangganya bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida, yang kini hampir mencecah usia 19 tahun. Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman mengakui realiti kehidupan berumah tangga bukanlah semudah yang disangka.

Malah sepanjang hampir dua dekad bersama, mereka jug tidak terlepas daripada pelbagai ujian. “Sebenarnya dalam perkahwinan ini bukan semudah yang kita sangkakan seperti di drama TV. Kadangkala marah, kadang-kadang sedih, kadang-kadang sunyi tapi untuk mencipta bahagia itu kita yang cari kita yang usaha bersama. InsyaAllah bahagia.”

Tegas Aliff, kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan tidak datang bergolek sebaliknya memerlukan kesungguhan daripada kedua-dua belah pihak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.