Hantaran yang dimuat naik oleh pelakon Rita Rudaini di akaun media sosial miliknya telah mendapat perhatian warganet. Menerusi perkongsian di Threads, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, menulis luahan ringkas tentang berkata benar dan jujur. Di hantaran sama, Rita juga berkongsi sebuah video animasi yang memaparkan seorang pahlawan wanita sedang berjuang lalu menggendong anaknya.

“Hatinya kuat, tapi sayangnya luar biasa dan jujurnya pedih. Berkata jujur itu tidak selalu manis, kadang yang pedih didengar itulah yang paling benar.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada pelakon filem Mami Jarum itu. Dalam masa sama, mereka turut menyatakan sokongan penuh terhadap Rita kerana kelantangan suaranya mengetengahkan sesuatu isu.
Terdahulu, tokoh akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dan timbalannya telah memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan sebanyak RM1 juta tidak dipatuhi. Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates yang diwakili Datuk Adnan Seman pada 6 Disember lalu.
Rita sebelum ini mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali sebagai Muafakat di MRSM Sungai Besar, yang dipercayai menjadi punca isu berbangkit ini. Isu tersebut terus menjadi tumpuan ramai, terutama dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan pemilihan pelajar ke institusi MARA.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.