Tak perlu berkira soal nafkah anak, Rita Rudaini sekali lagi tampil bersuara ulas tentang sikap segelintir suami yang gagal lunaskan tangungjawab

Advertisements
Advertisements

Pelakon Rita Rudaini sekali tampil bersuara mengulas berkenaan sikap segelintir kaum lelaki yang gagal melunaskan tanggungjawab dalam meberi nafkah kepada anak-anak setelah berpisah bersama pasangan. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, berkata, perkara sebegitu seharusnya diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan kuasa undang-undang.

“Untuk ‘arwah-arwah dan bakal arwah’, tak perlu berkira soal nafkah anak-anak. Tak kiralah bekas isteri itu berduit atau tidak, semua itu tanggungjawab kau. Tak perlu sampai naik mahkamah untuk tuntut nafkah anak sendiri patut brsyukur dan berterima kasih bila bekas isteri ni jaga anak tu dengan baik tanpa kau,” kata Rita, hari ini.

Dalam pada itu, Rita turut menyindir lelaki yang sanggup berhabis duit demi menikah lain namun berkira apabila diminta untuk membayar nafkah anak-anak. “Nak kahwin lain ada duit, nak bagi dekat anak merentan pula sampai kena guna mahkamah. Bila panggil ‘arwah’ marah, habis itu? Panggil ‘sampah’ nak?… Bagi yang tiada kena-mengena, tak perlu terasa,” kongsinya.

Terdahulu, anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin meminta orang ramai berhenti menunjukkan simpati berkaitan isu tidak merasai kasih sayang daripada seorang ayah. Tegas Rayyan, dia dan adiknya, Airit Qada Arjuna tidak pernah terkesan dengan perkara tersebut kerana sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa kehadiran insan itu. Sekadar info, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan cahaya mata Rita Rudaini dengan bekas suaminya, Aidil Zafuan yang merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina pada Disember 2008 tidak berkekalan lama apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2013. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.