Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati pelakon Kamal Adli untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Uqasha Senrose, selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendapati wujud shiqaq atau persengketaan berpanjangan dalam rumah tangga pasangan itu. Memetik laporan daripada mStar Online, peguam Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, memaklumkan Kamal masih enggan berbuat demikian kerana mahu mempertahankan rumah tangga.

“Laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) sudah gagal, jadi mahkamah nasihatkan untuk lafaz talak satu tapi defendan enggan. Jadi, bila tidak mahu, mereka kena ke prosiding yang seterusnya iaitu hakam iaitu pada 12 Januari,” katanya. Menurut Syazmee, laporan JKP mendedahkan wujud kekasaran rumah tangga, termasuk dipukul dan pergaduhan yang tidak berhenti, malah Uqasha turut mendakwa dia dikasari ketika hamil.
“Berdasarkan laporan JKP, mahkamah mengatakan laporan tersebut sangat terperinci berkaitan dengan kekasaran rumah tangga, pukul, nafkah dan pergaduhan yang tidak berhenti. Jadi mahkamah mengambil kira faktor tersebut dan mensabitkan adanya shiqaq dalam rumah tangga pihak-pihak ini,” ujarnya. Dalam pada itu, Uqasha menerusi laporan daripada Utusan Malaysia mendakwa dirinya dikasari sewaktu kehamilan termasuklah beberapa lagi tindakan tidak wajar dilakukan suami terhadap dirinya serta anak mereka.
Uqasha dalam linangan air mata dan suara bergetar turut memaklumkan bahawa keluarga suami mengetahui perkara tersebut. Dia juga mendedahkan beberapa bukti kecederaan dialami kepada pihak media susulan dakwaan kekerasan yang dikatakan dilakukan oleh pihak suami terhadapnya. Untuk rekod, Uqasha memfailkan permohonan pisah terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.