PELAKON Datin Seri Umie Aida memilih untuk mengenepikan segala sengketa apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan sahabatnya, Erra Fazira yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Ezwan Zain pada pagi Jumaat. Menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Umie menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan.
“Selamat pengantin baru Erra Fazira. Berkah hari Jumaat yang penuh barokah, doa buatmu, rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah,” tulisnya. Ucapan itu nyata memberi isyarat jelas bahawa pelakon filem Dukun itu tidak mahu lagi mengheret sebarang cerita lama, sebaliknya memilih pendekatan positif dengan mendoakan kebahagiaan Erra dalam fasa baharu kehidupannya.
Pada 2019 Umie tampil membuat pendedahan dikhianati sahabat baik sendiri sehingga Erra mengakui telah melakukan kesilapan dan melukai sahabatnya itu buat kali ketiga serta memohon maaf. Dalam satu pendedahan di media sosial, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.
Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.