Penyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan bahawa majlis pernikahan di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam hampir sepenuhnya diuruskan oleh suami, Ezwan Zain. Menurut laporan, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, meluahkan rasa syukur dan menitipkan ucapan penghargaan kepada Ezwan Zain yang telah merealisasikan hari bahagia mereka yang penuh bermakna itu.
“Saya pun pernah berkahwin sebelum ini dan semuanya saya terbabit. Tetapi kali ini hampir 95 peratus semuanya diuruskan Ezwan. Kalau wedding of the year di mata peminat, terima kasih kepada Ezwan kerana merealisasikan. Setiap saat dalam kepala dia hanya fikir nak siapkan majlis ini. Masing-masing bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih. Harga sesedap rasa,” katanya.
Sementara itu, Ezwan mendedahkan mas kahwin berbentuk sepokok bunga emas seberat 102 gram adalah sebahagian daripada kejutan buat Erra di majlis pernikahan tersebut. “Ya, kebanyakan yang berlangsung hari ini adalah satu kejutan buat Erra. Mas kahwin pun saya rancang untuk beri dalam bentuk bunga emas. Erra memang tidak tahu. Cuma sehari sebelum majlis ada rehearsal barulah dia tahu,” jelasnya.
Untuk makluman, Erra dan Ezwan selamat bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Ini merupakan perkahwinan ketiga Erra dimana pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Dia kemudiannya berkahwin dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Bagaimanapun, mereka berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.