Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi mangsa fitnah oleh seorang individu di media sosial. Menerusi hantaran di Instagram Story, Uqasha berkongsi tangkap layar komen seorang netizen yang mendakwa anaknya, Hawra Uqaira bukanlah anak kepada suaminya, Kamal Adli.
“Individu tidak bertanggungjawab tersebut mendakwa kononnya Kamal hanya bertindak menutup maruah isterinya itu dengan mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan. Ya Allah pada malam 1 Rejab ni, aku difitnah sebegini teruk. Ya Allah kerana dia, aku dengan anak jadi begini teruk.. Ya Allah kecewanya.”
Sebelum itu, Uqasha turut membalas komen tersebut dan menegaskan bahawa sekiranya benar dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dia tidak akan sanggup bertahan dalam perkahwinannya selama ini. “Kalau nak jantan lain tak adalah sanggup bertahan? Dan ada nampak saya ada orang lain?” Untuk info, pada 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya. Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah. Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.