Tak tolak takdir jika berjodohan, Cik Epal jelaskan status hubungannya dengan pembantu peribadi

Advertisements
Advertisements

Usahawan pizza, Cik Epal tampil menjelaskan status hubungannya bersama pembantu peribadi, Ammar, selepas mereka dilihat kerap bersama sehingga mencetuskan spekulasi dalam kalangan warganet. Perhatian terhadap hubungan mereka semakin meningkat apabila kedua-duanya turut dilantik sebagai duta bersama bagi kempen pakaian raya Jakel, sekali gus mengundang andaian bahawa hubungan mereka lebih daripada sekadar rakan sekerja.

Bagaimanapun, Cik Epal menegaskan kehadiran Ammar dalam urusan hariannya adalah atas faktor kerja semata-mata dan tiada kaitan dengan hubungan peribadi. “Pizza Mendonia perlu ada Ammar sebab itu dia sentiasa bersama saya. Kami rakan sekerja sahaja. Soal jodoh semua saya serah kepada Tuhan, tapi saya selesa bekerja dengan dia. Apa-apa saya banyak juga berkongsi bersama dia, dia ada beri nasihat yang berguna juga untuk saya,” katanya.

Menurut Cik Epal, dia memilih untuk menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi. “Saya serah pada takdir, kalau ada jodoh ada, kalau tiada kita gembira sahaja bekerja bersama. Buat yang sudah mendoakan, alhamdulillah kami terima sahaja,” ujarnya. Sementara itu, Ammar turut mengulas perkara sama dan menegaskan hubungannya dengan Cik Epal adalah atas dasar profesional sebagai pekerja.

“Saya pekerja dia jadi serasilah bekerja dengan dia, kami urusan bekerja sahaja. Sekarang ini saya bekerja sahaja, masa depan kita tak tahu bagaimana,” katanya. Sebelum ini, kemunculan Cik Epal dan Ammar yang sering dilihat bersama dalam beberapa acara serta di media sosial mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk ada yang secara terbuka merestui dan mendoakan hubungan mereka.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.