Emosi masih belum stabil, Zizie Izette akui perlu kuat demi anak anak

Advertisements
Advertisements

Bekas pelakon dan isteri kepada allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi luahan penuh emosi mengenai perjalanan dukanya. Dalam hantaran terbaharu di Insta Story, beliau telah berkongsi gambar berdiri bersama anak-anak serta allahyarham suami seakan menggambarkan realiti yang sedang dilaluinya selepas kehilangan insan paling dekat di hati.

Dalam perkongsian itu, Zizie telah menzahirkan penghargaan kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa dan kata semangat sejak berita sedih itu tersebar. “Terima kasih semua atas ucapan takziah, doa dan kata-kata semangat. Saya telah membaca setiap satu komen, walaupun saya tidak sempat membalas semuanya. Saya benar-benar menghargainya,” ujarnya.

Menurut selebriti itu, emosinya masih belum stabil dan beliau mengakui sedang melalui fasa yang sukar. Namun, beliau memilih untuk tidak menahan apa yang dirasainya. “Sekarang, saya masih dalam proses berkabung. Saya benarkan diri saya untuk menangis. Saya benarkan diri saya merinduinya. Saya benarkan diri saya merasai apa sahaja yang saya rasa, kerana saya tahu ini adalah perjalanan yang perlu saya lalui… dan rasa rindu itu tidak akan pernah hilang,” tulisnya.

Walaupun dipenuhi kesedihan, Zizie akui perlu tetap kuat demi anak-anak yang menjadi sumber kekuatannya ketika ini dalam menghadapi insan tersayang. “Ia sukar, tetapi saya tahu saya perlu kuat demi anak-anak. Dari lubuk hati saya, terima kasih sekali lagi. Jika anda bersama saya, tolong bacakan Al-Fatihah untuknya,” katanya. Sebelum ini, Zizie telah memadam semua gambar di Instagram miliknya dan hanya berkongsi hantaran di Insta Story suasana majlis tahlil pada malam ketiga pemergian suaminya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Pemergian Bung Moktar pada Jumaat minggu lalu benar-benar mengejutkan negara memandangkan beliau baru sahaja memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah beberapa minggu lalu di Dun Lamag.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.