Pelakon, Abby Abadi tampil menjelaskan dakwaan dirinya tidak dapat melupakan bekas suaminya, Norman Hakim hanya kerana sering menghabiskan masa bersama dan anak-anak. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 49, menjelaskan ucapan istimewa yang dititpkan buat Norman bersempena ulang tahun kelahirannya adalah dibuat secara awam.
Ucapan itu juga merangkumi tanggungjawabnya sebagai seorang bapa terhadap anak-anak mereka. “Ringkas saja ucapan saya untuk Norman. Ada nampak macam tidak boleh move on ke? Point saya tentang dunia dan akhirat, tanggungjawab dan syurga. Boleh tanya anak-anak saya, saya dengan Norman kawan saja. Baik kerana Allah sebab ada anak-anak.”



Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie itu juga menjelaskan percutian bersama kedua-dua keluarga itu ke Jepun adalah demi anak-anak. Jelas Abby, bekas suaminya tidak menanggung sepenuhnya perbelanjaan percutian itu, sebaliknya mereka berkongsi membayar perbelanjaan bersama. “Saya baik dengan Norman sebab kaya? Saya pun ada rezeki saya. Pergi (bercuti) sekali ni memang sebab anak-anak dan saya bayar sendiri untuk suami dan anak-anak kecil saya.




“Makan dan minum pula bayar sama-sama. Kami gilir-gilir bayar. Norman tidak tanggung saya dan dari saya kahwin sampai anak-anak besar tidak pernah saya mengendeng duit dia.” Abby menjelaskan perkara itu selepas ada pihak mendakwa dia sering mendekati Norman kerana aktor tersebut sudah berkemampuan. Sebelum ini, aktres itu menitipkan ucapan buat bersempena ulang tahun kelahiran ke-50. Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.