Hampir pitam sebab uruskan festival, Ds Vida luah rasa bangga dengan pencapaian Cik B

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya, Cik B, yang mencabar diri apabila menganjurkan sebuah festival makanan buat pertama kali. Menurut Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, usaha yang ditunjukkan oleh Cik B sepanjang menjayakan program tersebut benar-benar menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu.

Tambah Vida, dia sendiri menyaksikan kepayahan yang dilalui Cik B sehingga anaknya itu hampir pitam ketika acara sedang berlangsung. “Saya nampak segala usaha Cik B untuk festival yang dianjurkannya. Dia kurang tidur, tak cukup makan, sanggup berpanas sampai hampir pitam, tapi di depan orang dia tetap senyum. Bila lihat begitu, hati ibu mana tak sebak? Tapi inilah harga sebuah kejayaan. Saya bangga sebab anak saya belajar erti usaha, bukan hidup senang,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Cik B Vaganza Food Fest, kata Vida, festival berkenaan dirancang sepenuhnya oleh anaknya itu, termasuk pemilihan vendor, konsep acara, dan pengurusan di lokasi. Malah, Cik B juga turun padang memantau perjalanan acara tanpa mengharapkan kehadiran ibunya untuk memberi tunjuk ajar atau sebagai ‘tarikan utama’.

“Bila anak saya sanggup buat kerja sampai ke tahap itu, sebagai ibu saya yakin Allah takkan sia-siakan usaha orang yang bersungguh-sungguh. Memang ini projek Cik B. Saya sebagai ibu hanya memberi sokongan dari belakang, seperti memberi nasihat dan mendoakan kejayaannya. Saya tak nak dia dikenali sebagai ‘anak DSV’, saya nak orang kenal dia sebagai usahawan yang berani ambil risiko,” ujarnya.

Sementara itu, Vida turut mengakui penganjuran festival berkenaan melibatkan kos yang besar, namun menganggapnya sebagai pelaburan jangka panjang buat jenama Cik B. “Benar, kos acara ini mencecah sehingga RM500,000 untuk lima hari. Jujur, memang ada kerugian, tapi ini adalah pelaburan nama buat Cik B. Kalau kira duit semata-mata, orang boleh kata mahal. Tapi kalau dikira daripada segi harga pengalaman, kepercayaan, dan jenama?

Hari ini orang kenal Cik B Vaganza. Itu nilai yang tak boleh dibeli dengan iklan biasa,” jelasnya. Untuk info, Cik B Vaganza Food Fest telah diadakan di Silverlakes Village Outlet, Batu Gajah, Perak, bermula 31 Disember hingga 4 Januari lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *