Nama pempengaruh media sosial, Ameera Khan, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, kembali menjadi bualan hangat warganet selepas timbul dakwaan kononnya dia kini menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar. Spekulasi itu tercetus susulan satu hantaran tular di platform Threads yang memetik kenyataan ringkas berbunyi, “LMK mmg dgn TB Done stalking”, merujuk kepada pemerhatian netizen terhadap aksesori yang dipakai.


Perhatian warganet tertumpu kepada seutas rantai leher yang didakwa sama dipakai oleh Tengku Bakar dan Ameera Khan dalam foto berasingan yang dimuat naik di media sosial. Hal ini mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan pengguna Threads, yang mengaitkannya dengan kemungkinan hubungan istimewa antara kedua-dua pihak. Isu itu semakin hangat apabila ia dikaitkan dengan status hubungan Ameera bersama pelakon Indonesia Jefri Nichol, yang sebelum ini dilaporkan telah berakhir.
Perpisahan mereka pernah mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, khususnya di Threads. Rata-rata warganet mula membuat perbandingan dan menyatakan rasa ingin tahu mengenai kehidupan peribadi Ameera, malah ada yang menganggap persamaan aksesori tersebut sebagai “petunjuk halus” tentang hubungan baharu yang mungkin sedang terjalin.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Ameera Khan mahupun Tengku Bakar berhubung dakwaan tersebut. Isu ini sekali lagi membuktikan betapa pantas warganet membaca setiap perincian di media sosial, khususnya melibatkan figura awam yang sering menjadi perhatian ramai.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.