Pelakon Kamal Adli memaklumkan perancangan untuk bertemu dengan puteri tunggalnya, Hawra Uqaira tidak berjaya direalisasikan meskipun sudah gigih pulang ke Kuala Lumpur. Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Adli, 39, meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk berjumpa anak tersayang tidak kesampaian.

Kamal turut meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi foto terkini bersama Hawra. “Rancangan tidak berjaya. Tak dapat dating (jumpa) dengan Hawra. Sia-sia turun Kuala Lumpur. Maaf tiada gambar boleh di kemaskini (update).” Perkongsiannya itu kemudian menyorot perhatian orang ramai yang kebanyakan menitip kata-kata semangat kepada pelakon drama Bahagia Yang Tertangguh.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan, Kamal dilihat telah memadam hantaran yang dibuat pada malam Khamis. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.