Ramai yang puji cara didikan, Rita Rudaini kongsikan video anak solat depan kedai di rnr

Advertisements
Advertisements

Pelakon Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila berkongsi momen anak lelakinya menunaikan solat di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika bercuti di London baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, memaklumkan situasi tersebut berlaku selepas mereka sekeluarga menempuh perjalanan selama dua jam setengah sebelum singgah di sebuah kawasan hentian untuk menunaikan solat Subuh. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan surau di lokasi berkenaan, mereka terpaksa mencari inisiatif lain dengan memilih ruang di tepi mesin ATM sebagai tempat untuk memunaikan ibadah solat. “Perjalanan hari ini dua jam setengah, singgah R&R nak Subuh. Sini tak ada surau, tapi ‘mommy’ cari ‘port’ baik punya di tepi mesin ATM.”

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa kagum terhadap adab masyarakat di sana. Jelas Rita, walaupun menunaikan solat di kawasan awam tetapi orang sekeliling tidak menunjukkan rasa marah atau memandang serong terhadap mereka. “Tengah mommy solat, kedai depan mula beroperasi. Mereka buka kedai, orang-orang di sini senyum saja, tak marah dan tak ada nak pandang sinis. Begitulah adab, tak kira apa pun agama… be kind to everybody.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji didikan agama yang diberikan Rita kepada anak-anaknya, selain mengagumi keluarga ini yang tidak meninggalkan kewajipan walaupun berada di negara orang.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.