Pelawak Zizan Razak dan pempengaruh media sosial, Ira Kazar, dilihat sakan melayan usikan warganet yang cuba menjodohkan mereka berdua. Menerusi potongan klip sesi siaran langsung di TikTok, Zizan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin hanyalah sekadar seperti adik-beradik. Klik sini untuk lihat video.

Pelakon filem Polis Evo itu merasakan keadaan akan menjadi agak janggal sekiranya dia benar-benar dijodohkan dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu. “Kita dah macam adik beradik lepas itu tiba-tiba kahwin macam janggal juga. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ira yang semakin berseri-seri selain mendoakan jodohnya bersama pelawak berusia 41 tahun itu.




Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Mereka kemudian sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.