Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak berkecil hati apabila ada pihak mempersoal tindakannya menegur pempengaruh untuk tidak mengangkat isu ‘takut bini’ sebagai konten di media sosial. Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 41, berkata penceraian bersama bekas isterinya iaitu Noor Nabila berpunca daripada tiada persefahaman dan bukannya kerana hilang hormat atau sebagainya.
“Saya bercerai dengan Nabila 100 peratus sebab benda lain dan ia mengenai persefahaman dan tiada kena mengena tentang tak hormat dan sebagainya. Saya boleh cakap Nabila tak pernah bersikap kurang ajar sampai macam mereka yang muat naik video kontroversi kerana dia tak pernah buat macam itu. Kami berpisah kerana tiada persefahaman, tapi hubungan kami masih okay sampai sekarang dan tiada masalah pun,” kata Sharnaaz pada acara Bulan Bintang: The Next Chapter Fashion Show 2026.
Pelakon filem Blood Brothers: Bara Naga itu memberitahu, hubungannya bersama Nabila masih baik dan saling bekerjasama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden. “Kami baik sahaja sahaja dan dia pun tahu mana saya pergi. Malah, saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan termasuk dia tolong ‘orderkan’ makanan sekali. Kami tak pernah ada masalah. Kalau saya ada teman wanita atau jika dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin lain pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.
Bagi saya, kalau kita sudah ada tahap kematangan dan saling memahami itu, insya-Allah, tiada masalah dalam hubungan,” jelasnya. Sebelum ini, menerusi hantaran video di Instagram (IG), Sharnaaz menegur pempengaruh agar tidak membangkitkan isu ‘takut bini’ sebagai bahan kandungan demi tontonan dan hiburan ramai sekali gus memberi kesan negatif kepada rumah tangga pempengaruh itu sendiri. Namun begitu, ada juga warganet yang mengaitkan perkongsian video Sharnaaz itu dengan perpisahannya bersama bekas isteri.
Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.