Usahawan, Datin Seri Nur Shahida berkongsi momen mencuit hati mengenai awal perkenalan bersama suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Shahida mendedahkan kerenah Aliff yang meletakkan jumlah bajet makan ketika dalam fasa mengenali hati budi. Menurut Shahida, jumlah yang ditetapkan adalah sebanyak RM5 untuk nasi berlauk serta bekalan air dibawa dari rumah. Klik sini untuk lihat video.

“Masa berkenalan dia dah bagi bajet RM5 untuk makan. Lepas itu, bawa air dari rumah. Tapi masa itu, saya sabar sebab rupa kacak. Saya fikir nanti dapat anak cantik.” Dalam pada itu, Shahida sempat memaklumkan ciri-ciri lelaki idamannya yang merupakan seorang lelaki berkulit cerah. “Kalau muka dia ke laut (tak kacak) dah lama saya tinggal. Saya memang suka lelaki berkulit cerah.”




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kisah yang dikongsikan Shahida. Selain itu, ramai turut menyifatkan Shahida sebagai seorang yang beruntung hasil kesabaran melayani kerenah Aliff. Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al‑Hakim.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.