Tak perlu blur kan muka, Emma Maembong akui masuk kelab malam sebab ini

Advertisements
Advertisements

Pelakon terkenal, Emma Maembong tampil memberi penjelasan susulan spekulasi tular yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan ‘Pelakon Wanita Popular Di Kelab Malam’. Menerusi satu video pendek Instagram Story, Emma menjelaskan kehadirannya di sebuah kelab malam di Sibu, Sarawak hanyalah untuk bertemu rakan baiknya, DJ Kidd, yang sedang bertugas sebagai DJ di lokasi berkenaan. Menurutnya, kehadiran tersebut dibuat atas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan.

Emma turut meluahkan rasa kurang senang apabila isu itu diperbesarkan sehingga wajahnya dikaburkan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. “Hi semua, Assalamualaikum. Saya kurang faham kenapa keadaan ini perlu dibesar-besarkan sampai wajah saya dikaburkan. Ia sebenarnya perkara yang sangat mudah difahami.

Saya ke Sibu kerana penggambaran muzik video dan kebetulan DJ Kidd sedang ‘spin’ di situ. Saya sendiri masuk ke kelab tersebut tanpa memakai pelitup muka atau topi kerana memang berniat untuk melihat dia bekerja. Apabila ada yang merakam, saya juga melambai dengan mesra,” katanya. Menurut pelakon filem Bisikan Jenazah itu, dia sedar kehadirannya dirakam oleh ramai individu, namun memilih untuk membiarkannya kerana tiada perkara yang ingin disembunyikan.

“Saya tahu ramai yang merakam dan saya sendiri membenarkan perkara itu berlaku. Jadi tidak timbul isu saya cuba berahsia. Kalau situasinya berbeza dan wajah saya jelas terkejut, mungkin lain ceritanya. Pada saya, tidak perlu wajah saya dikaburkan atau mencetuskan teka-teki identiti pelakon tersebut kerana saya sendiri yang hadir ke tempat itu. Saya datang dalam keadaan gembira, dilayan dengan baik dan orang-orang Sibu sangat sporting serta tidak terlalu menghakimi,” tambahnya lagi.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita yang dipercayai pelakon popular berada di sebuah kelab malam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *