Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, memohon diberikan sedikit privasi berhubung khabar angin dirinya berbadan dua. Biarpun sedar statusnya sebagai selebriti membuatkan kehidupannya sering diperhatikan, Amira menegaskan dia ingin menjalani kehidupan seperti orang lain.
“Sebelum kahwin orang tanya pasal kahwin. Apabila sudah kahwin, orang tanya pasal mengandung. Insya-Allah, kalau ada waktu sesuai pasti akan saya kongsi. Cuma saya mohon sedikit privasi dan ruang. Saya minta doa baik-baik daripada semua peminat dan pengikut,” katanya, hari ini. Amira mengakui tidak penat dengan pertanyaan berulang, malah menyifatkan ia lumrah sebagai seorang public figure.
“Kadang-kadang soalan saya sudah jawab pun akan ditanya lagi. Sama macam kita buat siaran langsung TikTok. Walaupun sudah jawab mesti akan ada lagi yang bertanya soalan sama. Bagi saya itu biasa. Kalau kita tak nak orang tanya soalan begini, mungkin kita tak patut berada dalam industri seni,” katanya. Spekulasi mengenai Amira hamil mula timbul selepas dia dilihat mempunyai ‘baby bump’ dalam beberapa klip video baru-baru ini.
Isu itu bertambah hangat apabila suaminya, pelakon Fattah Amin, berkongsi bahawa Amira tidak dapat menemaninya ke Seoul, Korea Selatan kerana masalah kesihatan. Pasangan itu berkahwin pada 14 September tahun lalu, bersempena hari jadi ke-35 Fattah Amin.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.