Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila tampil konsisten mengeluarkan lagu raya terbaharu menjelang Syawal tahun ini. Pada tahun ini, Aliff tidak bersendirian, sebaliknya tampil mengeluarkan lagu raya Mama Papa Raya bersama isterinya, Datin Seri Shahida dan anak-anaknya iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Dalam muzik video tersebut, Aliff menampilkan keakraban dan keharmonian hubungan kekeluargaan bukan sahaja bersama keluarga tetapi juga bersama barisan pembantu. Lebih mencuri perhatian ramai, apabila anak sulung Aliff iaitu Ammar yang terkenal dengan sikap pendiam muncul sebagai salah seorang penyanyi. Muzik video itu kemudian menarik perhatian netizen yang memuji suasana meriah dan penuh keceriaan sambutan Aidilfitri.


Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aliff kerana menghasilkan lagu raya yang rancak serta menampilkan kelainan tersendiri. Malah, warganet turut terhibur dengan usaha berterusan Aliff yang dilihat tidak pernah gagal mencuri tumpuan setiap kali musim perayaan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.