USAHAWAN Nur Nilam Ortiz memberi bayangan seakan-akan rumah tangganya dengan suami yang juga pelakon Azlan Komeng sudah berakhir. Menerusi perkongsian yang dibuat, Nilam memaklumkan mereka sepakat membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama. “Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.
Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu,” katanya dalam satu hantaran di Tiktok miliknya pada Selasa. Dalam pada itu, Nilam turut menyifatkan Azlan sebagai seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab sepanjang tempoh perkahwinan mereka. “Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab.
Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza,” ujarnya. Tambah Nilam, meskipun tidak lagi bersama, mereka tetap komited untuk membesarkan anak sulung yang kini berusia sebulan. “Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa.
Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik,” ujarnya. Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.