Tiada rezeki nak makan dekat Rembayung, Daiyan Trisha kena tipu beli slot tempahan dari individu di Threads

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha menasihati orang ramai supaya berhati-hati daripada menjadi sasaran penipuan individu tidak bertanggungjawab, khususnya yang menjual slot tempahan restoran Rembayung secara atas talian. Kata Daiyan, 33, perkongsiannya baru-baru ini bukan untuk menagih simpati sebaliknya sebagai peringatan supaya tidak mudah mempercayai mana-mana individu di media sosial sehingga menyebabkan kerugian wang ringgit.

“Sebenarnya kami beli slot tempahan tersebut daripada individu bernama Dayang dalam platform Threads.  Pada awalnya saya sudah rasa ragu-ragu. Jadi, kami pun macam bersedia sekadar 50/50, kalau kena ‘scam’, kami pergilah ke restoran lain. Jika ada rezeki, Alhamdulillah. Rupa-rupanya memang kena ‘scam’ dan nama individu berkenaan ialah Dayang. Saya masih simpan nombor akaun dia. Bila nak tengok balik, akaun Threads Dayang sudah tidak wujud,” katanya kepada mStar pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Ditanya mengenai jumlah kerugian, Daiyan menjelaskan ia bukan jumlah besar namun simpati terhadap individu yang datang dari lokasi jauh dan menjadi mangsa penipuan itu. “Saya rugi sekitar RM120. Tidaklah terlalu marah sebab ketika itu saya tenang saja, cuma kasihan pada mereka yang mungkin bawa ibu bapa atau datang dari jauh seperti dari Kelantan atau Perlis nak makan di Rembayung, kemudian kena ‘scam’.

Macam mana dia boleh sanggup buat benda ini pada bulan puasa? Tanggunglah dosa,” ujarnya. Kata Daiyan, pada awalnya dia tiada niat untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum namun sekadar ingin memberi peringatan kepada mana-mana individu yang berniat melakukan perkara sedemikian. “Hari biasa pun tak okay, apatah lagi pada bulan Ramadan. Memang sangat tidak baik,” jelasnya.

Sebelum ini Daiyan menerusi sebuah video berkongsi momen dia dan pasukannya menjadi mangsa ‘scam’ individu yang menjual slot tempahan restoran Rembayung baru-baru ini. Dia juga sempat berseloroh mahu meminta Khairul Aming menangkap individu berkenaan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.