Kalau arwah Akiko ada mesti dia sebak, Ridzuan Ridzokumura muat naik video Sky sedang baca al Quran

Advertisements
Advertisements

Usahawan Ridzuan Ridzokumura mendedahkan tentang kebaikan arwah isteri iaitu Allahyarhamah Akiko Okumura yang mendidik anak mereka mengenali al-Quran. Menerusi hantaran di TikTok, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkongsi video yang memaparkan anak lelakinya, Sky Taizo Okumura sedang membaca ayat al-Quran. Klik sini untuk lihat video.

“Kalaulah arwah ibu Sky masih ada di dunia ini, pasti hatinya akan dipenuhi rasa sebak dan bangga melihat anaknya. Di mana sahaja Sky berada, dia tetap berusaha mengaji..di dalam kereta, ketika menunggu atau ada kesempatan. Al-Quran sentiasa cuba dibaca dan dihafalnya. Menurut Ridzuan, sewaktu Sky masih kecil, arwah Akiko berusaha mencari guru untuk mengajar anaknya itu membaca al-Quran.

“Semua itu bukan datang begitu sahaja. Ia lagi daripada didikan seorang ibu yang penuh kasih sayang. Arwah ibunyalah yang dahulu bersungguh-sungguh mencari ustazah untuk mengajarnya, menanamkan cinta kepada al-Quran sejak kecil. Sehingga hari ini, kenangan itu masih hidup dalam diri Sky. Didikan itu terus menjadi cahaya yang membimbing langkahnya.”

Justeru itu, Ridzuan menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang menitikberatkan ilmu agama sehingga anak mereka memiliki keperibadian yang baik. “Alhamdulillah, saya sangat bersyukur melihat Sky membesar dengan akhlak dan pegangan yang bergitu indah. Terima kasih yang tidak terhingga buat arwah Akiko Okumura kerana kasih dan didikan seorang ibu itulah Sky menjadi seorang anak yang begitu baik dan dekat dengan al-Quran.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman.” Sekadar info, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari 2025. Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.