Penyanyi Fyna Jebat akhirnya membuka mulut mengenai status perkahwinannya bersama bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan. Merujuk kepada laporan Mstar, Fyna atau Nur Shafinaz Jebat, 31, mengesahkan bahawa dia masih lagi isteri sah kepada Zainal, malah mengakui hantaran yang dimuat naik tempoh hari ditujukan kepada suaminya.

Menurut Fyna, isteri pertama Zainal tidak mengetahui tentang status rumah tangga mereka, sekaligus menafikan dakwaan bahawa dia dan suami sudah berpisah. “Ya, luahan disimpan itu saya tujukan kepada suami saya Zainal Abidin. Kami sebenarnya belum cerai lagi dan sehingga sekarang saya masih isteri yang sah. “Isteri pertama tidak tahu saya ini masih lagi isteri dia. Saya buat kenyataan tersebut adalah untuk kebaikan anak saya.” Dalam masa sama, Fyna berkata, dia sudah tidak mampu untuk menahan tekanan yang diterima selain memikirkan tentang nasib anak perempuannya.
“Saya buat itu (hantaran) sebab memang tidak tahan dah. Lagi saya diam, lagi mental nanti. Jadi lebih baik saya lakukan itu. Takkan saya mahu berdiam diri sampai anak dah dewasa? Saya tidak mampu bertahan lagi sebab lambat laun orang akan tahu juga.” Terdahulu, Fyna tampil meluahkan rasa berang terhadap tindakan seorang individu yang didakwa telah melampaui batas.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Fyna mendakwa dirinya disimpan selama empat tahun oleh seorang individu yang identitinya tidak didedahkan. Fyna turut memberi bayangan bahawa individu terbabit pernah melakukan sesuatu yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya serta anaknya yang kini hampir berusia dua tahun. Untuk info, Fyna dan Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2023 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Puteri.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.