Usahawan Abiejam tampil memberikan penjelasan berhubung spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan pelakon Azar Azmi yang sedang hangat diperkatakan. Menjawab dakwaan yang tersebar, Abiejam menegaskan dia langsung tidak tahu mengenai pemberian wang RM40,000 yang dikatakan diterima Azar daripada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri.
“Saya memang tak tahu langsung pasal duit tu jangan lah cakap yang saya seolah-olah tahu semuanya.” Menurutnya lagi, kekeliruan timbul apabila kenyataan terdahulunya disalah tafsir sehingga wujud tanggapan dia cuba mengelirukan cerita sebenar. Jelas Abiejam, apa yang dikongsikan sebelum ini hanya mengenai isu yang sedang tular serta bantuan yang diberikan, bukan berkaitan jumlah wang tersebut.
“Ini dua cerita berbeza. Yang saya tahu cuma isu dia tengah viral dan Datuk Aliff bantu. Bab duit RM40,000 tu memang saya tak tahu langsung.” Dalam perkembangan sama, Abiejam turut menerima teguran daripada usahawan terkenal Datuk Seri Vida ketika sesi siaran langsung. Vida menasihatkannya supaya tidak mendedahkan hal peribadi orang lain dan menguruskan perkara berbangkit secara tertutup.
Enggan memanjangkan kontroversi, Abiejam berharap orang ramai tidak terus membuat andaian atau mengaitkan dirinya dengan isu yang tidak berada dalam pengetahuannya. Terdahulu, namanya menjadi bualan apabila timbul dakwaan dia berusaha mendapatkan kembali wang RM15,000 daripada Azar selepas mendakwa gagal menghubungi pelakon itu selama beberapa tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.