Kalah saman fitnah, Datuk Aliff Syukri perlu bayar ganti rugi RM250k kepada bekas menteri

Advertisements
Advertisements

Kontroversi saman fitnah melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman akhirnya terjawab apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan usahawan kosmetik itu membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hakim Roslan Mat Nor membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman berhubung dakwaan berkaitan hutang pelaburan RM30 juta.

Selain itu, Aliff Syukri turut diarahkan membayar kos sebanyak RM50,000 serta dikenakan perintah injunksi yang melarangnya daripada terus mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir. Mahkamah juga mengarahkan semua kenyataan berkaitan dipadam dalam tempoh tujuh hari. “Defendan sama ada melalui khidmat atau ejennya menghapuskan label yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari daripada perintah ini.

Defendan juga akan memberi aku janji bertulis, tidak akan menyebabkan atau menyiarkan sebarang fitnah terhadap Abdul Kadir selaku plaintif,” kata Hakim. Terdahulu, pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dan menuntut ganti rugi RM70 juta terhadap Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah. Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat pada Julai tahun sama memberi gambaran seolah-olah dirinya berhutang jutaan ringgit, sekali gus mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial.

Dalam pembelaannya, Aliff Syukri mendakwa telah membuat pelaburan sebanyak RM30 juta bagi memenuhi perjanjian usaha sama, namun pihak lain gagal memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *