7 tahun tak berjumpa, Azar Azmi tak dapat tahan sebak jumpa semula dengan Syazuwan Hassan

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila kembali dipertemukan dengan sahabat lamanya, aktor Syazuwan Hassan. Pertemuan tersebut berlaku ketika Azar dijemput melakukan sesi siaran langsung bersama sebuah jenama makanan tambahan. Ketika sedang rancak mempromosikan produk, Azar dikejutkan dengan kemunculan Syazuwan yang hadir sebagai kejutan istimewa. Klik sini untuk lihat video.

Reaksi spontan kedua-duanya jelas menggambarkan betapa eratnya hubungan persahabatan antara mereka. Bukan sahaja Azar mengalirkan air mata, malah Syazuwan juga dilihat tidak mampu menyembunyikan perasaan sebak saat mereka kembali bertentang mata selepas tujuh tahun. Perkongsian itu turut mengundang sebak dalam kalangan wargamaya apabila rata-rata di ruangan komen mengakui tersentuh melihat keakraban mereka, selain tumpang gembira.

Azar dan Syazuwan sememangnya dikenali sebagai rakan baik dalam industri, malah pernah beberapa kali digandingkan dalam naskhah. Antara karya yang menemukan mereka di layar kaca termasuk Terbaik Dariku, selain beberapa projek lain yang turut meninggalkan impak kepada penonton.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *