Antara indidvidu terawal yang menghulurkan bantuan, Azar Azmi luah rasa sebak bila kongsi tentang Ozlynn

Advertisements
Advertisements

Pelakon Azar Azmi meluahkan rasa sebak apabila berkongsi kisah kebaikan sahabatnya, pelakon Ozlynn Waty yang pernah menghulurkan bantuan ketika berada dalam fasa sukar. Menerusi podcast Sembang Seram, Azar mendedahkan bahawa Ozlynn, yang juga isteri kepada pelawak Johan, merupakan antara individu terawal menghulurkan bantuan selepas mengetahui masalahnya.

“Masa aku susah ada seseorang yang tahu cerita aku sebelum aku ditahan. Aku sempat bercakap dengan dia, aku cerita semua kronologi. Masya-Allah, aku dapat cakap dengan dia, dia adalah bagi sedikit zakat dekat aku yang aku boleh beli pampers anak aku, susu anak aku. Aku dapat bagi anak-anak aku makan ayam goreng sebab anak aku memang suka ayam,” luahnya.

Pelakon drama Nur itu menyifatkan Ozlynn sebagai sahabat yang cukup memahami, malah turut menyalurkan bantuan zakat yang membolehkannya memenuhi keperluan anak-anak. Menurut Azar, bantuan tersebut amat bermakna buat dirinya, lebih-lebih lagi ketika dia sedang bergelut untuk menyediakan keperluan asas buat anak-anak.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kagum terhadap keikhlasan Ozlynn yang disifatkan sebagai seorang yang berhati mulia dan pemurah. Mereka turut menitipkan doa agar segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda. Terdahulu, nama Azar pernah menjadi perhatian umum susulan kes melibatkan dirinya dan suami, Mohd. Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, yang direman serta didakwa di mahkamah berkaitan penipuan tanah kurnia dan darjah kebesaran.

Bagaimanapun, Azar telah dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan kini akan bertindak sebagai saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *