Pernah melalui pengalaman yang sama, Puteri Sarah luah rasa simpati terhadap nasib seorang wanita yang dicurangi ketika hamil

Advertisements
Advertisements

Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa simpati terhadap nasib seorang wanita hamil yang didakwa dicurangi pasangan selepas tularnya sebuah video di media sosial baru-baru ini. Menerusi satu komen di Threads, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, berkata dia sangat memahami situasi tersebut kerana pernah melalui pengalaman yang sama sebelum ini.

“Faham sangat bila tengah mengandung. Been there.” Puteri Sarah tampil berkongsi reaksi selepas tular sebuah video memaparkan seorang wanita mengandung dipercayai menjadi mangsa kecurangan. Perkongsian Sarah kemudian menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya memberikan sokongan terhadapnya dan juga wanita hamil itu.

Sekadar makluman, Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof pernah berkahwin pada 8 Mac 2014 namun disahkan bercerai pada Jun 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *