Ada yang mendoakan keburukan untuk anak, Umisya Mazlan kongsikan mesej kecaman yang dia terima

Advertisements
Advertisements

Selepas tampil bersuara tentang kemelut rumah tangga bersama madu iaitu Marissa Dania, pempengaruh, Umisya Mazlan menerima kecaman hebat daripada warganet. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya memuat naik tangkap layar direct message yang mengandungi kecaman terhadap diri dan juga anak-anaknya.

Dalam mesej tersebut individu itu mengatakan Umisya tidak cerdik kerana menjadi punca ibu kepada Marissa, Abby Abadi dikritik warganet. Lebih membimbangkan, individu itu turut mendoakan perkara yang tidak baik menimpa dirinya dan anak-anaknya. Difahamkan, mesej cercaan yang diterima merupakan salah satu sebab mengapa Umisya mempertahankan diri dengan mendedahkan cerita sebenar.

“Umisya kena diam sebab nama tak kena petik, Tiada siapa sebut nama yang di sini. Mereka cerita dan mereka cerita yang tiada.” Sebelum ini, Umisya yang sudah lama berdiam diri tampil menjelaskan perkara yang berlaku dalam perkahwinannya bersama Ahmad Aslam. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.