PEMAIN sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi sah bergelar suami dengan wanita pilihan hati iaitu Nurul Aliah Natasha pada Isnin. Majlis pasangan itu berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh meriah di Johor dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua mempelai. Klik sini untuk lihat video.

Khabar gembira mengenai pernikahan pemain bola sepak kebangsaan berusia 24 tahun itu turut menjadi perhatian ramai selepas beberapa foto dan video sekitar majlis tular di media sosial. Menerusi perkongsian berkenaan, pemain bola sepak sensasi JDT dan isterinya tampil sedondon mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan lagi seri penampilan pasangan pengantin baharu itu.
Antara momen paling mencuri perhatian pastinya ketika Arif dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik selesai melafazkan akad nikah sebelum memeluk ibunya dalam suasana penuh emosi. Detik menyentuh hati itu turut membuatkan ramai peminat berasa terharu selepas video berkenaan mula dikongsikan secara meluas di media sosial.
Ruangan komen juga dipenuhi ucapan tahniah serta doa daripada penyokong Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan yang tumpang gembira dengan berita tersebut. “Tahniah, awal jodohnya sampai. Semoga berkekalan sehingga ke syurga.” “Tahniah Arif Aiman. Terima kasih menyumbang untuk saya orang Johor dapat cuti hari ini,” komen beberapa warganet.
Majlis resepsi pasangan berkenaan dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka lebih meriah dengan kehadiran Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sebagai rekod, JDT sebelum ini melengkapkan musim cemerlang mereka apabila menewaskan Kuching City 2-0 pada aksi final Malaysia Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu. Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Harimau Selatan berjaya menjulang trofi berprestij berkenaan buat kali keenam.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.