Memang dilahirkan jadi ibu kepada anak perempuan, Intan Najuwa dedah bakal timan anak perempuan kedua

Advertisements
Advertisements

PELAKON Datin Intan Najuwa tidak dapat menyembunyikan keterujaannya apabila bakal menimang cahaya mata perempuan kedua tidak lama lagi. Malah, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, berkata dia dapat merasakan dirinya ditakdirkan untuk menjadi ibu kepada anak perempuan kerana amat menyukai aksesori comel untuk bayi.

“Saya rasa saya memang dilahirkan untuk jadi ibu kepada anak perempuan. Seorang lagi puteri kecil bakal menyertai keluarga kami, dan hati saya rasa bahagia sangat. Saya memang sentiasa sukakan segala-galanya tentang bayi perempuan termasuk barang-barang kecil yang comel, warna merah jambu, riben, gaun, dan setiap perincian kecil itu… dan sekarang saya dapat merasainya sekali lagi,” katanya. 

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Intan turut berseloroh mengenai suaminya, usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman yang bakal dikelilingi tiga wanita di rumah mereka nanti. Malah, Intan juga tidak sabar mahu melihat anak sulung mereka, Lunara membesar sebagai seorang kakak yang penyayang.

“Semoga berjaya, Daddy (suami). Seorang lagi anak perempuan bakal hadir dalam keluarga. Tarikh jangka lahir bayi ini pula jatuh dalam zodiak Leo, sama macam Mommy (Intan). Seorang adik perempuan untuk Lunara dan sejujurnya saya tak sabar nak menghias bilik kecilnya, membeli lebih banyak barang bayi perempuan, dan melihat Lunara menjadi kakak yang paling penyayang,” ujarnya. 

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf Azman pada Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara yang kini berusia dua tahun. Pada Februari lalu, Intan berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *