PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir individu yang sengaja merokok ketika berada di restoran. Bagi Rita, 50, perbuatan sebegitu dianggap tidak menghormati pelanggan lain yang turut berada di situ ketika menikmati makanan. Malah, lebih teruk apabila individu tersebut seakan-akan tidak mempedulikan tanda amaran bahawa premis berkenaan merupakan kawasan larangan merokok.
“Paling meluat tengok manusia merokok di tempat yang dilarang merokok. Sah-sah kedai makan itu ada tanda ‘no smoking’. Buta mata, buta hati. Bila perhati, dia nampak kita tengok sebab memang meja sebelah sahaja,” tulisnya dalam satu hantaran di Threads. Tambah pelakon ini, sikap mementingkan diri sendiri sudah cukup untuk menggambarkan keperibadian seseorang.
Bahkan, menurutnya, mana-mana individu yang melakukan perbuatan sama seolah-olah tidak menghiraukan perasaan orang lain. “Muka poyo, tiada common sense. Orang macam ini dah tahu sikap dia macam mana. Tak fikir orang keliling. Pentingkan diri,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.