TINDAKAN pelakon Sharifah Sakinah berkongsi foto bercium mulut dengan suaminya iaitu Cyril Kongo mengundang rasa kurang senang netizen di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Sakinah, 36, dan suaminya dilihat berkucupan sambil berpelukan mesra ketika berada di Kota London, baru-baru ini. Perkongsian itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang berpendapat pasangan berkenaan tidak sepatutnya berkongsi foto berkenaan secara terbuka di media sosial.

Lebih membuatkan netizen kesal apabila ia di muat naik pada hari Arafah. “Hari Arafah inilah nak post macam ini. Tak malu ke? Simpan untuk diri sendiri sudahlah.” “White people wannabe sangat. Cium mulut pun nak bagi satu dunia tengok.” “Perangai macam tak ada agama, kalau dah Melayu Islam buat cara Melayu Islam,” antara komen netizen.
Dalam hantaran itu juga, Sakinah turut menitipkan kapsyen ringkas seolah-olah menggambarkan kebahagiaan yang dimiliki hanyalah sementara. “Semua hanya pinjaman,” tulisnya. Untuk rekod, Sakinah mendirikan rumah tangga dengan Cyril pada 2025. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Aliff Adha pada 2015 sebelum berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia lapan tahun. Sakinah kemudian kembali bertemu jodoh dengan lelaki berasal dari Sweden dikenali sebagai Michael Hansen pada 2021, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian dua tahun selepas itu.
Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.