Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil bersuara selepas didakwa sengaja memuat naik gambar bersama suaminya, Aslam, bagi tujuan menayang kebahagiaan rumah tangga secara umum. Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads menyuarakan pendapat agar Umisya tidak lagi memuat naik gambar mesra bersama suaminya buat sementara waktu.
“Saya rasa lebih baik Umisya diam dulu. Tak perlu kerapa muat naik gambar konon tunjuk bahagia, sebab orang akan cakap perkara yang sama kan? Tapi itulah kalau tak muat naik nanti makin lama makin sendu pula. Kena kerap post supaya orang tak lupa.”

Tidak berdiam diri, Umisya menegaskan segala kandungan yang dimuat naik adalah atas tuntutan komitmen kerja dan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kebahagiaan rumah tangga. Tambah Umisya, kerjayanya menuntut dirinya untuk menghasilkan serta memuat naik kandungan secara konsisten tanpa berniat meraih simpati daripada mana-mana pihak. “Kerja sis kerja. Konon tunjuk bahagia apa pula awak ni. Tersakiti salah bahagia salah. Saya cari duit , meniaga dalam talian kena konsisten posting. Bukan marketing murahan nak menagih apa-apa.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.