Cik B luah rasa kurang senang bila ada warganet yang pertikaikan dirinya bertuah sebab lahir dalam keluarga yang berduit

Advertisements
Advertisements

Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kurang senang selepas menerima komen netizen yang mempertikaikan dirinya bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga berada dan dipenuhi kemewahan. Menerusi perkongsian di Threads, Cik B memberitahu ada pihak yang meninggalkan komen menyindir mendakwa dirinya tidak akan dikenali jika bukan merupakan anak kepada usahawan terkenal.

“Kalau lah CikB bukan anak dato seri Vida siapa nak pandang?” tulis netizen tersebut. Menjawab kenyataan itu, Cik B membalas dengan nada berang dan mempertikaikan logik di sebalik komen berkenaan, sambil menegaskan dirinya tetap individu yang sama dan masih merupakan seorang anak yang hebat buat ibunya.

“Tapi hakikatnya CikB memang anak mama yang hebat kenapa kena ‘kalau2’ bole tukar mak ke,” tulisnya lagi. Kenyataan tersebut mencuri perhatian ramai kerana Cik B dilihat lantang mempertahankan dirinya daripada terus dibandingkan dengan status keluarga, selain menolak naratif bahawa kejayaan atau perhatian yang diterima semata-mata bergantung kepada latar belakang keluarganya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tampil memberikan sokongan terhadap Cik B dan menyifatkan kenyataan yang dilemparkan netizen itu amatlah tidak wajar. Ramai yang berpendapat seseorang tidak seharusnya dipandang rendah hanya kerana dilahirkan dalam keluarga berada, sebaliknya usaha dan keperibadian individu juga perlu dihargai.

Dalam masa sama, ada juga warganet yang memuji cara Cik B membalas komen tersebut yang dianggap tegas namun masih berlapik. Mereka menyifatkan Cik B sebagai berani bersuara mempertahankan diri serta tidak mudah terkesan dengan kritikan negatif, selain menyokong pandangannya bahawa status keluarga tidak seharusnya dijadikan ukuran mutlak untuk menilai seseorang.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *