Perlu utamakan pelajaran dulu, Adira Suhaimi akui beri sokongan penuh pada Anggrek untuk jadi artis

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Adira Suhaimi memberikan sokongan penuh terhadap anak sulungnya iaitu Anggrek yang memasang impian untuk bergelar seorang anak seni. Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, bagaimanapun menegaskan dia akan mengutamakan aspek pendidikan terlebih dahulu meskipun anaknya itu sudah bergelar seorang artis. 

“Saya nak jadi mak yang sentiasa sokong apa minat anak, apa dia nak jadi. Tapi macam mana pun pembelajaran itu tetap nombor satu, saya tidak akan biarkan dia abaikan belajar. Macam manapun habiskan belajar dulu dan bila sudah boleh buat keputusan sendiri dia nak jadi apa, saya akan sokong sahaja insya-Allah,” katanya. Adira turut memberi bayangan bahawa anaknya itu sudah mula menerima tawaran untuk berkolaborasi dengan artis tempatan. 

“Doakanlah Anggrek. Kalau saya cakap ada… cepat sangat pula saya bagi tahu kan? Insya-Allah ada, doakan yang terbaik untuk Anggrek supaya dia boleh melaluilah fasa-fasa dalam Talk To My Manager ini. Ini baru sahaja permulaan untuk dunia yang sebenar selepas ini,” jelasnya. Ditanya mengenai perancangannya untuk tampil berduet atau bekerjasama dengan Anggrek, Adira menganggap kebolehan anak perempuannya itu jauh berbeza dengan dirinya.

Kata Adira, dia merasakan Anggrek lebih sesuai digandingkan dengan penyanyi lain yang mempunyai bakat tarian. “Mungkin bukan sayalah. Saya sebenarnya belum saya tak boleh buat macam Anggrek buat.  Saya mungkin ada suara tapi saya tak boleh menari sebagus Anggrek dan saya rasa pasangan nyanyian duet dia orang lain, bukan saya,” ujarnya. Untuk rekod, Anggrek merupakan anak sulung hasil perkahwinan Adira bersama bekas suaminya, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *