SIKAP pemurah yang sering ditunjukkan oleh anak usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengundang kebimbangan ramai yang risau jika dia dipergunakan orang terdekat. Menjawab persoalan tersebut, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, berkata dia tidak pernah berasa takut mengenai perkara itu. “Ramai tanya Cik B takut tak orang gunakan Cik B. Tak!” tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.

Menurut Cik B, dia sentiasa mengutamakan keikhlasan dalam berkawan dan tidak mengharapkan sebarang balasan atas setiap kebaikan yang dilakukan. “Bila kita berkawan dengan ikhlas, kita akan ikhlaskan semuanya. Kalau dihargai, syukur. Kalau tidak pun tak mengapa,” katanya. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji sikap baik dan pemurah dimiliki Cik B. Malah, ada yang turut mengagumi didikan Vida dalam membentuk peribadi anaknya sehingga disenangi ramai.
“Cik B orang yang baik, ikhlas kerana Allah, bukan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia. Cik B hebat macam mamanya juga. Suka tengok sikap pemurah Cik B,” antara komen warganet. Sebelum ini, tindakan Cik B memberi kejutan kepada bekas peserta Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), Viviana, menjadi perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah iPad sempena ulang tahun kelahiran rakannya itu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.