Pukul 3 pagi cuci berus solekan, Eyka Farhana kongsikan aktiviti yang dia buat ketika berjaga malam semasa pantang

Advertisements
Advertisements

Pelakon Eyka Farhana mencuri perhatian apabila berkongsi aktiviti yang dilakukannya ketika berjaga malam semasa berpantang. Menerusi hantaran di Threads, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, memuat naik foto berus-berus solekan yang disusun rapi selepas dicuci olehnya pada jam 2.56 pagi.

Menurut Eyka, kadang kala dia tidak dapat melelapkan mata meskipun bayinya sudah tidur. Justeru, dia memilih untuk menggunakan masa tersebut dengan membersihkan berus solekannya. Tambah Eyka, aktiviti itu antara salah satu terapi untuknya sepanjang dalam tempoh berpantang.”Semua orang cakap tidur apabila bayi tidur, tetapi apabila saya tak boleh tidur, saya cuci berus solekan saya. Ini terapi untuk saya semasa pantang.”

Terdahulu, Eyka dan suami, Akhyar Rashid selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 16 Mei lalu yang diberi nama Muhammad Luay Khayr. Untuk info, Eyka telah mendirikan rumah tangga bersama Akhyar pada 2 Mei 2025.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *