Perjalanan TTC (Trying to Conceive) atau usaha untuk mendapatkan zuriat bukanlah satu perkara yang mudah bagi segelintir wanita, termasuk isteri kepada pempengaruh, Abang Tesla iaitu Majdina. Menerusi hantaran di Threads, Majdina berkata, dia gemar membaca kisah-kisah inspirasi pasangan lain yang berjaya menimang cahaya mata selepas lama berikhtiar.

“Lalu lah lagi pasal TTC bertahun-tahun, berpuluh tahun dapat baby, saya suka baca. Rasa macam malam ini juga nak ke klinik atau hospital jumpa doktor.” Meskipun kisah-kisah tersebut memberi semangat untuknya, tetapi Majdina tetap terkesan apabila dirinya gagal semasa menjalani proses TTC.
Justeru, Majdina kini sedang mengambil masa dan ruang seketika namun bukanlah bermakna dia sudah berputus asa untuk bergelar ibu. “Tapi itulah, diri ini lama betul rehat, bukan putus asa cuma bagi ruang pada diri sendiri sebab tiap kali ‘gagal’ memang heartbroken sangat. Suami sendiri je nampak diri yang tak betul masa itu. Tak ingat, sangat tak suka lalui lagi tapi bila baca orang lain berkali-kali cuba sampai dapat, okay bring it on!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Majdina supaya tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat. Dalam masa yang sama, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing sebelum bergelar ibu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.