Anggap Bella dan anak anak seperti keluarga sendiri, Yb Syed Saddiq buka mulut pasal isu majlis perkahwinan

Advertisements
Advertisements

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang berterusan daripada keluarga serta tunangnya, Bella Astillah, menjelang keputusan perbicaraannya yang dijadualkan diputuskan pada Selasa depan. Ketika ditemui, Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akui menganggap Bella dan anak-anak seperti keluarga sendiri.

Menurut Syed Saddiq, kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan harinya malah turut membawa ketenangan yang amat bermakna dalam hidupnya. “Saya sudah anggap seperti keluarga. Bella dan anak-anak memberi keceriaan dan ketenangan yang luar biasa walaupun kadang kala emosi turun naik. Insya-Allah jika segalanya berjalan baik Selasa depan, ini semua berkat doa dari mereka semua.”

Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat & solat hajat yang berlangsung di Madrasatul Hajjah Zubaidah, pada Khamis. Menjawab persoalan sama ada perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah akan terkesan dengan keputusan yang bakal diumumkan Selasa ini, Syed Saddiq mengakui sukar untuk memberikan jawapan.

Tambah Syed Saddiq, dia hanya mampu berserah dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar. “Sukar untuk saya komen berkenaan situasi A atau B yang akan berlaku. Tetapi yakinlah dan letakkanlah kepercayaan kepada Allah. Kita sudah usaha, kita yakin kita di pihak yang benar, Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan baik.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *