Bukan biasa biasa, Noor Nabila gunakan ubat nyamuk yang beharga RM239 sekotak

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Rosix Omar menjadi perhatian ramai apabila berkongsi momen bersama usahawan, Noor Nabila yang sedang memasang ubat nyamuk bernilai kira-kira RM239 sekotak. Menerusi hantaran di TikTok, Rosix dilihat menemani Noor Nabila membuka kotak atau melakukan sesi ‘unboxing’ produk ubat nyamuk keluaran jenama antarabangsa itu. Klik sini untuk lihat video.

“Ni ubat nyamuk dan pakai lemongrass, dia tak menggunakan racun dan sangatlah wangi,” jelas Nabila. Difahamkan, produk berjenama Diptyque Paris tersebut mengandungi enam keping ubat nyamuk dalam setiap kotak dan turut berfungsi sebagai pewangi kediaman. Dalam video sama, Noor Nabila turut dilihat sedikit kekok ketika menggunakan produk tersebut apabila berdepan kesukaran untuk memisahkan kepingan ubat nyamuk yang bercantum antara satu sama lain itu.

Perkongsian berkenaan pantas menjadi perhatian warganet yang menyifatkan produk itu sebagai “ubat nyamuk T20” susulan harganya yang dianggap premium. Malah ada juga yang mencari tahu harga sekotak ubat nyamuk itu dan terkejut apabila mendapati ia bernilai ratusan ringgit.

Terdahulu, Nabila mendedahkan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit demi menjaga kecantikan wajahnya. Tambahnya lagi, kos penjagaan kulitnya sekitar lebih RM140,000 setahun untuk kelihatan lebih anggun biarpun tidak mengenakan sebarang solekan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.