BEKAS suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mendedahkan bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita pilihan hati pada Julai depan. Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, berkata majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur memandangkan dia mahu memfokuskan kepada perkara yang wajib sahaja.
“Ya insyaAllah, bulan 7 nanti. Saya buat dekat KL, ringkas-ringkas sahaja. Buat majlis nikah sahaja,” katanya secara eksklusif. Berkongsi mengenai identiti suri hatinya itu, Datuk Red mendedahkan wanita berkenaan merupakan seorang usahawan bernama Rohanita, 35 tahun, dan berstatus ibu tunggal kepada seorang cahaya mata. Jelas Datuk Red, dia tertarik pada keperibadian bakal isterinya yang matang dan sentiasa memahami dirinya terutama dalam dunia perniagaan.
“Saya jatuh cinta sebab dia cepat faham perangai saya. Kami sama-sama berniaga. Berborak pasal perniagaan. Jarang borak pasal bercinta. Kami memang fokus berniaga. Saya kenal dia dalam tahun ini juga. Asalnya daripada tolong reviu barang dan berniaga, lama-lama kami berkenalan dan akhirnya nak berkahwin,” dedahnya.
Dalam pada itu, Datuk Red turut menegaskan bahawa perkahwinan baharunya ini adalah bukti bahawa dia sudah pun melupakan kisah lamanya. Malah, Datuk Red meluahkan rasa terharu apabila Rohanita ikhlas menerima dia seadanya walaupun sedang berdepan dengan ujian kewangan yang berat. “Saya nak kahwin sebab ada yang kata saya belum ‘move on’. Jadi, saya buktikan dengan berkahwin bersama wanita ini. Alhamdulillah dia terima saya seadanya. Terima di saat saya tidak ada apa-apa. Saya kahwin bukan sebab nak minta tolong bayar hutang, saya hanya nak berniaga dengan dia. Kami bantu-membantu,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.