Hubungan dengan mak mertua tak pernah putus, Dr Fie luah rasa sedih lepas dapat tahu keadaan kesihatan Mak Jenny

Advertisements
Advertisements

Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Fie Tawfek meluahkan rasa sedih selepas mengetahui keadaan kesihatan ibu mentuanya, Mak Jenny dikhabarkan kurang sihat. Menurut Dr Fie, meskipun dia dan Nubhan sudah tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan dengan bekas ibu mentuanya tidak pernah terputus.

“Saya dengar juga cerita daripada sosial media yang Mak Jenny jatuh dan ada retak, walaupun saya tak sempat berjumpa dan bersemuka mak mentua itu tetap mak mentua. Walaupun putus hubungan suami isteri tapi mak mentua tetap mak mentua,” katanya kepada Sinar Plus. Dr. Fie berkata, dia sentiasa mendoakan agar ibu Nubhan diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti sediakala.

Malah Dr Fie turut berharap Nubhan dapat menjalankan tanggungjawab menjaga ibunya dengan sebaik mungkin. “Tapi memang Allah tahu doa saya itu sentiasa bersama dengan Mak Jenny. Sebelum ini pernah sekali yang dia jatuh dan saya pernah bersama-sama dengan di di hospital. Jadi saya tahu tak senang nak jaga orang tua ini.

Jadi saya doa banyak-banyak untuk Mak Jenny cepat sihat. Semoga Nubhan dapat jaga mak dengan baik sebab mungkin ini adalah satu peluang untuk dia jaga mak tak perlu fikir benda lain. Anak-anak saya boleh fikirkan jadi doa banyak-banyak supaya mak sihat, sembuh seperti sebelumnya. Saya nak dengar juga lagi suara mak di sosial media,” tambahnya.

Terdahulu, Penyanyi dan usahawan, Nubhan menyorot perhatian apabila berkongsi keadaan terkini ibunya, Mak Jenny, yang kini sedang berdepan dengan masalah kesihatan. Menerusi perkongsian di TikTok, Nubhan berkata dia tidak menyangka ibunya yang disifatkan sentiasa sihat akhirnya diuji dengan masalah kesihatan sehingga terlantar.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *