Pesanan yang dititipkan penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima kepada anak dan bakal menantunya telah menyorot perhatian ramai. Menerusi perkongsian aktres Datin Seri Umie Aida di TikTok, Erma dilihat sedang memberi nasihat buat anak perempuannya iaitu Norain Sofea serta bakal menantu semasa majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 18 Julai lalu. Klik sini untuk lihat video.

“Bukan mudah untuk menjaga seorang anak perempuan dan itulah yang saya usahakan untuk Ain. Saya tahu mungkin satu penyiksaan buat dia juga, apabila dia terlalu dikawal.” Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, meninggalkan pesanan buat mereka supaya tidak keluar berdua-duaan sebelum bernikah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Saya mohon kepada Haziq (bakal menantu) agar beri peluang untuk saya merasai dan menikmati hak saya sebagai seorang ibu, sehingga ke hari pernikahan itu. Di mana saya belum rela atau mengizinkan anak saya, berdua-duaan keluar selagi belum dihalalkan.” Dalam masa yang sama, Erma juga memberi peringatan kepada mereka agar sentiasa menjaga batas sebelum bergelar suami isteri.
“Saya harap Haziq faham, apatah lagi sekarang ada bisnes bersama jadi mungkin ada ‘laluan’ untuk bersama-sama tetapi tolonglah jaga batasnya. Sekali lagi saya ingatkan, ini hanyalah pertunangan mengikut adat, belum lagi halal di sisi hukum. Sehingga ke hari ini, saya tak pernah mengizinkan dia untuk tidur di rumah sesiapa pun. Ain sepenuhnya masih dalam jagaan saya dan hak saya. Saya minta Haziq dan Ain menjaga batas.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.